Saturday 19 November 2016

Hijaukan Bumi Kita Dengan Kitar Semula

KITAR SEMULA

Kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan bahan-bahan mentah. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula. 


Definisi

Kitar Semula ialah proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula. Diantara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah surat khabar, majalah-majalah, buku-buku dan risalah, kertas putih dan bercampur, kadbod (termasuk kotak tisu,kotak kasut, dan kotak kadbod lain),botol,tin aluminium, botol plastik,dan lain-lain)




Mengapa Perlu Kitar Semula ?

Kitar semula
 merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.  Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana:

1.   Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih 
      banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .

2.   Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan 
      sisa.

3.   Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya 
      mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).

4.   Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang
      tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.




Kepentingan Terhadap Alam Sekitar

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam semula jadi.  Antara kepentingannya ialah:


1.   Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan
      daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu
      mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.

2.   Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar
      semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu
      balak dapat disimpan dan dikekalkan.

3.   Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula
      hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam
      mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.


Kepentingan Terhadap Manusia

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya. 


1.   Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah
      di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan
      sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.

2.   Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah
      lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.

3.   Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula

      mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding

      generasi yang akan datang.


Bahan-bahan Kitar Semula


Bahan asas yang boleh dikitar semula ialah:

1. Plastik
            •           Beg plastik dari supermarket
            •           Botol minuman plastik
            •           Botol air mineral
            •           Bekas makanan daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula

Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.


2. Kertas
       Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, Contohnya:
            •           Surat khabar lama
            •           Majalah lama
            •           Buku
            •           Katalog
            •           Risalah
            •           Kalendar
            •           Kad
            •           Sampul surat
            •           Kotak
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.


3. 
Kaca 
       Semua jenis kaca termasuklah :
            •           Botol minuman
            •           Bekas makanan
            •           Botol vitamin dan bekas kosmetik
            •           Gelas minum

Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna 
COKLAT.

Tong Kitar Semula


Amalan 3R



Aktiviti Kitar Semula































Laporan  

Kesimpulannya, kitar semula bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya mencintai dan menghargai alam sekitar. Oleh sebab itu, kita perlu mengitar semula bagi melindungi bumi kita daripada terancam.





No comments:

Post a Comment